Jawatan kosong : Majlis Agama Islam Negeri Johor - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Tuesday, August 18, 2009

Jawatan kosong : Majlis Agama Islam Negeri Johor

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR


Rakyat negeri Johor Darul Ta'zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki
negeri Johor tidak kurang 3 (tiga) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan
sebagaimana berikut :

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (GURU TAHFIZ)
Gred DG 41

2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (lelaki sahaja)
Gred S41

3. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH (Guru Orang Asli) (lelaki sahaja)
Gred DB17

4. PEMBANTU TADBIR (Perkeranian/Operasi)
Gred N17

5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (Perempuan Sahaja)
Gred S17

6. PEKERJA AWAM
Gred R1

DOWNLOAD IKLAN DI [SINI]

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN [SINI]

Cara-cara Memohon :
1) Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN
(ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang boleh didapati di Pejabat
Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok `B', Pusat Islam Iskandar
Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat Agama Daerah @ melalui laman
web:www.maij.gov.my


2) Permohonan borang jawatan kosong melalui pos hendaklah dicatitkan dengan
perkataan 'MEMOHON BORANG PERMOHONAN JAWATAN MAJLIS AGAMA
ISLAM NEGERI JOHOR' dan disertakan sekali satu sampul surat berukuran 22cm x 12cm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen.


3) (a) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan dokumendokumen berikut :
(i) Gambar berukuran pasport ;
(ii) Salinan Sijil Kelahiran pemohon ;
(iii) Salinan Kad Pengenalan ;
(iv) Salinan Sijil Keputusan SPM, Diploma, Ijazah dan transkripnya ;
(v) Dan lain-lain sijil yang berkaitan.
(b) Semua salinan sijil dan dokumen hendaklah dicap "DIAKUI SALINAN SAH"
dengan dakwat berwarna biru serta ditandatangani oleh pegawai kumpulan
Pengurusan Profesional @ yang setaraf dengannya.


4) Sila catat nama jawatan yang dipohon dan tarikh iklan ditutup di penjuru kiri atas
setiap sampul surat.


5) Borang permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.


6) Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan
permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang
dikemaskini dan Laporan Prestasi disertakan bersama.
PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA ;



Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Pusat Islam Iskandar Johor
Tingkat 5, Blok `B'
Jalan Masjid Abu Bakar
8000 Johor Bahru



Sebelum atau pada : 18 Ogos 2009

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di http://iklankerjaya.blogspot.com





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.