Jawatan kosong : MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Sunday, October 25, 2009

Jawatan kosong : MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

PENGISIAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-

1. Jawatan :
PEMBANTU AM PEJABAT




( Kekosongan jawatan : 1 )

Kumpulan Perkhidmatan :
Sokongan

Klasifikasi Perkhidmatan :
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Jadual Gaji :
Gred N1




P1T1RM 649.15 – P1T22 RM1506.79




P2T1RM 691.62 – P2T22 RM 1583.49




P3T1RM 735.72 – P3T22 RM 1661.82

Syarat lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

( a ) warganegara Malaysia,

( b ) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan,

( c ) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah gred N1:P1T2).

Taraf jawatan : Tetap

Cara memohon:-

a. Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan MDTM (PKDM) yang boleh didapati di SINI.

b. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, surat beranak yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran paspot.

c. Permohonan calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Kuasa-Kuasa Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui ketua Jabatan masing mengikut Perintah Am Bab 'A' 21. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.

d. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Yang Dipertua,

Majlis Daerah Tanjung Malim

Peti Surat 59,

35900 TANJONG MALIM

sebelum atau pada:- 30.10.2009

Catatan Am:

a. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

b. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.