Jawatan kosong : Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (Supernet) - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Monday, November 16, 2009

Jawatan kosong : Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (Supernet)

SENARAI IKLAN TERBUKA

BIL NO IKLAN SENARAI JAWATAN YANG DITAWARKAN TARIKH IKLAN TARIKH TUTUP
1 SPN.TR.9/2009 S17 - PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (IMAM)
10-09-2009 31-12-2009
2 SPN.TR.10/2009 LS41 - PEGAWAI SYARIAH
S17 - PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (PEGAWAI PENGUATKUASA SYARIAH)
S17 - PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM
N17 - PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)
07-11-2009 30-11-2009


Cara Memohon


A. PANDUAN PERMOHONAN MELALUI INTERNET- ONLINE

  1. Pemohonan mestilah dibuat secara dalam talian sahaja (online). Sebarang permohonan manual tidak akan dilayan.
  2. Pemohon yang mengisi borang SPNTRe hendaklah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu sahaja. Pemohon atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu atau pemohon memiliki Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu.

  3. Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe ini hendaklah hanya dari mereka yang benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan di Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu.
  4. Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi di dalam permohonan ini.
  5. Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe hendaklah melayari laman web di alamat http://spn.terengganu.gov.my

Keterangan Am

  1. Pemohon boleh memohon sehingga lima (5) jawatan sahaja.

  2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan Badan Berkanun, dan Perkhidmatan polis/ tentera samada secara tetap, kontrak atau sementara hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan alamat (surat-menyurat) dan juga mengembalikan borang pengesahan ketua jabatan pada atau sebelum tarikh tutup iklan jawatan.

MAKLUMAN :-

  1. Kegagalan memenuhi segala maklumat yang diperlukan akan menyebabkan permohonan anda gagal melepasi syarat lantikan jawatan berkenaan.
  2. Hanya calon yang tersenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
  3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Rujukan : http://spn.terengganu.gov.my/v3/


Ebook Panduan Percuma:

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di
http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.