Jawatan Kosong : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Wednesday, December 30, 2009

Jawatan Kosong : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)



JAWATAN KOSONG


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara tetap/kontrak/sementara seperti berikut :-



JAWATAN AKADEMIK
BIL
NAMA JAWATAN
GRED
1
PROFESOR
KHAS C/ VK7
2
PROFESOR MADYA
DS53
3
PENSYARAH UNIVERSITI
DS45/ DS51
4
GURU BAHASA
DG 41
5
TUTOR
DA41
6
PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (PENGAJAR)
J41, J43, J47, J51



BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN BAGI JAWATAN AKADEMIK



[a].    FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR

Teknologi Pembinaan * Pembinaan Lestari * Rekabentuk Bangunan Hijau * Kecekapan Tenaga Bangunan * Kualiti Persekitaran Bangunan * Akustik Bangunan * Kejuruteraan Bangunan * Kejuruteraan Teknologi * Sains Bangunan * Alam Bina * Perkhidmatan Bangunan * Kejuruteraan Geoteknik * Kejuruteraan Asas * Geologi * Kejuruteraan Jalan Raya * Kejuruteraan Trafik * Kejuruteraan Struktur * Bahan Kejuruteraan Awam * Teknologi Konkrit * Kejuruteraan Pantai * Kejuruteraan Air Ribut Bandar * Kejuruteraan Air Bumi



[b].    FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

Metallurgi * Seramik * Bahan Nano * Polimer * Teknologi Komposit * Membran * Reka bentuk Produk * Ergonomik Dan Optimumsasi * Analisa Kegagalan * Reka bentuk Berbantu Komputer * Kejuruteraan Industri * Alatan Dan Die * Mesin Lanjutan (Mesin Deras dan Mesin Laser) * Automasi * Sistem Pembuatan Lanjutan * Penyelidikan Operasi * Akustik * Keselamatan Dan Dinamik Kenderaan * Getaran * Kejuruteraan Kawalan * Kekuatan Bahan * CFD dan Tribologi * Proses Loji, Pengawalan dan Instrumentasi * Loji Kuasa dan Teknologi Bahan Api * Aerodinamik dan Dinamik Bendalir * Dorongan Pesawat dan Sistem * Undang-undang dan Pengurusan Udara * Kawalan, Struktur dan Reka bentuk Pesawat * Avionik



[c].    FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK


Satellite Communication * Optical Communication * Wireless Communication * Wireless Sensor Network * Digital/ Data Communication * Digital Signal Processing * Industrial Robotics & Mobile Robot * Neural Network & Fuzzy Logic * Mechatronic System * Industrial Automation * Computer Architecture * Computer Aided Design * Embedded Systems * Computer Security * Computer Networking * Medical Electronics Engineering (Biosensors and Bioelectronics, Medical Physiology  and Instrumentation) * Electronics and Microelectronics (Audio Video System, IC Analysis) * Communication * Computer (Hardware and Software) * Automation * Control



[d].    FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI

Mekanik Tanah * Rekabentuk Struktur * Analisis Struktur * Mekanik Bahan * Undang-undang Harta Tanah * Ekonomi Tanah * Sistem Maklumat Harta Tanah * Kaedah Kuantatif Untuk Harta Tanah * Pengurusan Teknologi/ Kewangan/ Perakaunan/ Pengeluaran/ / Operasi/ Pembuatan



[e].    FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

Sains Sukan * Sosiologi Pendidikan * Kurikulum * Falsafah Pendidikan * Mekatronik * Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara * Automotif * Kimpalan Dan Fabrikasi Logam * Binaan Bangaunan * Kerja Kayu * Jalanraya * Kejuruteraan Reka bentuk Industri * Reka bentuk Grafik



[f].    FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN  MULTIMEDIA

       Teknologi Web * Keselamatan (Data, Maklumat, Komputer, Rangkaian)



[g].    PUSAT PENGAJIAN SAINS


Matematik Gunaan * Matematik Industri * Pengoptimunan * Komputasi Saintifik * Matematik Komputasi * Statistik Gunaan * Statistik Industri * Forecasting * Matematik Fuzzy * Fizik Bahan * Fizik Pengkomputeran * Fizik Optik * Fizik Kesihatan * Fizik Instrumentasi * Fizik Fotonik * Fizik Teori * Fizik Kuantum * Kimia Analisis * Kimia Katalis * Kimia Persekitaran * Kimia Bahan * Kimia Sumber Asli * Kimia Oleo * Kimia Sintesis * Kimia Sains Makanan



[h].    PUSAT PENGAJIAN KEMANUSIAAN DAN KOMUNIKASI

Sosiologi dan Antropologi * Sains Pembangunan * Pentadbiran Awam * Pengajian Islam (Syariah/ Usuluddin/ Sejarah Islam) * Pengurusan Islam * Pentadbiran Islam * Ekonomi Islam (Ekonomi Perbandingan) * TESL * TESOL * Applied Linguistics (English) * English for Specific Purposes (ESP) * Business Communication * Organizational Communication * Journalism * Mass Communication * Developmental Communication * Public Relations * Human Communication * Computer Mediated Communication * Communication Technology * Broadcasting * Media Studies * Technical Communication * Critical Thinking * Creative Thinking * Corporate Communication * Profesional Communication * Persuasive Communication * Inter-Cultural Communication



1. SYARAT LANTIKAN

Bagi syarat lantikan, sila klik di senarai nama jawatan yang di pohon.    


2. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.


3.    IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)


Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.


4.    KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN (TERTAKLUK KEPADA KELAYAKAN)


(a) Pinjaman Kenderaan
(b) Pinjaman Komputer
(c) Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan Persekutuan



5.    SYARAT KEWARGENEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)


Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan bagi lantikan tetap/sementara.


6.    TEMPOH PERCUBAAN

Calon-calon lantikan terus dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.


7.    SYARAT-SYARAT UMUM


Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).


8.    PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT


Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.  Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.


9.    CARA MEMOHON

(a) Permohonan secara 'online' melalui laman web http://www.uthm.edu.my kecuali bagi jawatan Profesor dan Profesor Madya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.

(b) Bagi jawatan Profesor dan Profesor Madya, borang permohonan boleh didapati dengan hadir sendiri di Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang beralamat seperti di bawah atau di muat turun dari laman web Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di http://www.uthm.edu.my

(c)    Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dialamatkan ke Pejabat Pendaftar UTHM seperti alamat di bawah:-

Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
No. Tel. : 07-4537000 / 07-4537108/ 07-4537112
(u.p : Unit Perjawatan & Perkhidmatan Akademik)


(d)    Permohonan menggunakan borang permohonan seperti berikut AKAN DITOLAK:-


(i)    tidak lengkap atau tidak terang;
(ii)    tidak mengemukakan semua dokumen termasuk sijil-sijil kelayakan akademik;
(iii)    tidak menulis nombor kad pengenalan;
(iii) tidak mengemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan
(iv) tiada pengesahan sijil-sijil berkaitan dan tidak ditandatangani.



10.    TARIKH TUTUP PERMOHONAN
      
       Jawatan Akademik        -    Terbuka


11.    KETERANGAN AM

(a) Calon-calon   yang  berjaya  disenarai  pendek  sahaja akan dipanggil temuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UTHM selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.