Jawatan Kosong : Pejabat Pengelola KDYMM Sultan Terengganu - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Monday, January 18, 2010

Jawatan Kosong : Pejabat Pengelola KDYMM Sultan Terengganu



Jawatan
:
 PENOLONG AKAUNTAN
 Kod Gaji
:
 W27
 Kod Skim
:
 2210
 Jabatan
:
 PEJABAT PENGELOLA KDYMM SULTAN TERENGGANU
 Klasifikasi
:
 PERKHIDMATAN KEWANGAN
 Kumpulan Perkhidmatan
:
 SOKONGAN

 Deskripsi Tugas
:
Melaksanakan, menyelia sistem operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaran buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.
 Taraf Jawatan
:
TETAP

 2. JADUAL GAJI :


GRED
JADUAL GAJI
W27
P1 T1 RM1209.09    -    P1 T26 RM3031.64
W27
P2 T1 RM1278.67    -    P2 T26 RM3217.79
W27
P3 T1 RM1351.27    -    P3 T26 RM3409.80

 3. SYARAT LANTIKAN :





Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


(a)

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


(b)
(i)
diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1 T5); atau



(ii)
Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W27 : P1T8);

DAN
(c)

lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


 4. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :





Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-


(a)
(i)
mempunyai kelayakan di perenggan 3 (b) di atas; atau



(ii)
lulus Peperiksaan Khas; dan


(b)

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Klik disini dan pilih permohonan online untuk memohon secara online


tarikh tutup : 19 Jan 2010

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.