Jawatan Kosong : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Monday, January 18, 2010

Jawatan Kosong : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia



Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia mempelawa warga negara Malaysia yang
berinovatif, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut ;

1. KETUA PENOLONG SETIAUSAHA (GRED 48)
(PEMBAHARUAN PERUNDANGAN DAN TRITI ANTARABANGSA)

Tanggagaji :
P1T1 RM4,427.36 – P1T8 RM5,878.67 dan elaun tambahan sebanyak RM1,550.00 sebulan

Taraf Jawatan : Tetap

Kelayakan :
-Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
-Peguamcara dan Peguambela yang telah diterima masuk oleh Mahkamah Tinggi Malaya;
-Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
-Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan sekurangkurangnya selama 5 tahun;
-Mempunyai kemahiran di dalam penulisan laporan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
-Mahir bertutur di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; DAN
-Mempunyai pengalaman dari segi undang-undang antarabangsa di dalam bidang hak asasi manusia adalah satu kelebihan kepada calon.

Cara Memohon:
Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 26 Januari 2010 kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Tingkat 29, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.


Ebook Panduan :

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.