Jawatan Kosong : Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Monday, February 22, 2010

Jawatan Kosong : Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia)



Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan EKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

Perkhidmatan ini adalah secara kontrak selama dua (2) tahun bagi jawatan-jawatan berikut :

1.    Pengarah, Gred 4
2.    Timbalan Pengarah, Gred 5
3.    Pengurus Kanan, Gred 6
4.    Penolong Pengurus, Gred 8
5.    Pegawai  Eksekutif, Gred 11
6.    Pembantu Eksekutif, Gred 13
Tarikh tutup permohonan : 25 Februari 2010 (Khamis)


Klik Sini Untuk Iklan Jawatan Kosong SME Corp.doc
Klik Sini untuk Borang Permohonan Jawatan SME CORP.doc



CARA MEMOHON

(a)    Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME CORP. MALAYSIA yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri  ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME CORP. MALAYSIA  di http://www.smecorp.gov.my

(b)    Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik, kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan.

(c)    Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

(d)    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan  di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :-

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(SME CORP. MALAYSIA)
Aras 15, West Wing, Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Sumber Manusia)



Ebook Panduan :

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.