Jawatan kosong : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Thursday, March 11, 2010

Jawatan kosong : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)


Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut :


1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41


LANTIKAN TERUS
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

II SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
(a) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Undang-undang adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan
ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan di perenggan 4.1 I (a) di atas.


2. PEGAWAI TADBIR N41


LANTIKAN TERUS
(a)(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. PENOLONG JURUTERA J29


LANTIKAN TERUS
(a) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17


LANTIKAN TERUS
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


5. PEMBANTU KESELAMATAN KP17


LANTIKAN TERUS
(a)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
(c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 4.5 I (a)(i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Maklumat terperinci mengenai semua jawatan di atas dan syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web berikut :- http://www.penangport.gov.my

CARA MOMOHON

i.Borang permohonan boleh didapati terus secara ONLINE melalui laman web SPPP atau memperolehinya di Pejabat SPPP, Bahagian Khidmat Pengurusan di alamat seperti tertera di bawah.




ii.Bagi Penjawat Awam, permohonan mestilah lengkap dengan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terakhir) melalui Ketua Jabatan masing-masing.dan
iii.Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.
iv.Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
v.Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
vi.Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan resume dan salinan sijil-sijil yang berkaitan serta lain-lain dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-

PENGURUS BESAR
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
3A-6 BANGUNAN SRI WELD
PANGKALAN WELD
10300 PULAU PINANG
(U.P : BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 16 MAC 2010



Ebook Panduan HANGAT!

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.