Jawatan kosong : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Thursday, April 15, 2010

Jawatan kosong : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S48 (1 KEKOSONGAN)
2. PENOLONG AKAUNTAN W27 (1 KEKOSONGAN)
3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17 (1 KEKOSONGAN)
4. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (GURU TADIKA) S17) (14 KEKOSONGAN)
5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17 (1 Kekosongan)
6. AHLI FOTOGRAFI B17 (1 KEKOSONGAN)

CARA MEMOHON:
i. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08 yang boleh diperolehi dengan melayari laman web di http://www.maiwp.gov.my dan juga boleh didapati sendiri di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Aras 10, Bangunan PERKIM, No.150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

ii. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan seperti berikut:-
a. Ijazah/Diploma/Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil berhenti sekolah dan sijil kelahiran.
b. Transkrip keputusan semua semester bagi calon-calon yang mendapat kelayakan ijazah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan yang mengandungi CGPA. Transkrip yang tidak menyatakan CGPA tidak akan diterima.
iii. Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan berkanun atau kuasa tempatan
hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini
dan laporan penilaian prestasi tahun 2009 disertakan bersama.
iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN dan  BORANG PERMOHONAN

ALAMAT PERMOHONAN:

Ketua Pegawai Eksekutif,
Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP),
Aras 10, Bangunan PERKIM
No. 150, Jalan Ipoh
51200 KUALA LUMPUR

SEBELUM ATAU PADA : 23 APRIL 2010



Ebook Panduan HANGAT!

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.