Jawatan Kosong : Perbadanan Islam Johor (PIJ) - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Sunday, August 15, 2010

Jawatan Kosong : Perbadanan Islam Johor (PIJ)


1. (a) Jawatan : Juruaudit
( b) Badan Berkanun Negeri : Perbadanan Islam Johor (PIJ)
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan

2. Jadual Gaji
Gred Jadual Gaji Matriks W41
P1T1 RM1,702.81 - P1T27 RM4,688.95
P2T1 RM1,798.82 - P1T27 RM4,968.61
P3T1 RM1,899.01 - P3T27 RM4,255.39

Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 300.00 sebulan
Imbuhan Tetap Perumahan : RM 210.00 sebulan
Bantuan Sara Hidup : RM 300.00 sebulan

Syarat Lantikan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganaegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklanjawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T3) atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau
(iii) Ahli Penuh Badan-badan iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T9); atau
(v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T10);
[Senarai Badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan di perenggan1(c) (iii) dan (iv) di atas adalah seperti di Rujukan W] dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerjaaan.

4. Taraf Jawatan : Kontrak

5. Penaklukan di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan :
Pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari masa kesemasa.

6. Keutamaan adalah diberi kepada pegawai yang mempunyai pengalaman sebagai
Juruaudit di Sektor Badan Berkanun atau Kerajaan.

Cara Memohon :
Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dengan menghantar sampul surat berukuran 23cm x 11cm bersetem 30 sen dan beralamat sendiri atau dengan cara datang sendiri. Calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kerajaan Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab "A" 21.

Permohonan hendaklah dihantar kepada :-

Pengurus Besar
Perbadanan Islam Johor
Aras 6, Bangunan Perisind
No.8, Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru.

Catatan Am
1. Calon-calon diingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja dihubungi untuk temuduga.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh masa 3 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
3. Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat, tidak menggunakan borang permohonan jawatan tersebut atau tidak lengkap dan permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

Tarikh Tutup Permohonan: 20 Ogos 2010




Ebook Panduan HANGAT!

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.