Jawatan Kosong : Tenaga Nasional Berhad - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Sunday, August 1, 2010

Jawatan Kosong : Tenaga Nasional Berhad

Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, mempelawa graduan-graduan serta pesara-pesara kerajaan yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai:
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Kelayakan

  • Memiliki kelulusan akademik di peringkat Diploma Pembantu Perubatan atau Diploma Kejururawatan daripada Institut/Kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau setaraf dengannya
  • Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.
Pesara-pesara dan bakal pesara kerajaan yang memenuhi syarat-syarat di atas adalah digalakkan memohon

Tugas & Tanggungjawab

  • Mentadbir dan mengurus dispensari TNB
  • Membantu Doktor dalam perawatan pesakit
  • Memberi rawatan kepada pesakit luar
  • Merawat kes-kes kecemasan
  • Mengurus dan memberi ubat
  • Menjalankan pemeriksaan makmal
  • Memberi kaunseling kepada pesakit
  • Bertugas atas panggilan (Stand-by)

Penempatan

Calon-calon yang berjaya di dalam temuduga akan ditempatkan di salah satu stesen di bawah:
  1. Dispensari TNB Ibu Pejabat, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur
  2. Dispensari Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, Paka Terengganu
  3. Dispensari Stesen-Stesen Janaelektrik, Cameron Highlands
  4. Dispensari TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi, Selangor

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang TNB 188C yang boleh juga didapati di pejabat-pejabat TNB yang berhampiran
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:
Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia)
Bahagian Sumber Manusia
Tenaga Nasional Berhad
Tingkat 9, Ibu Pejabat
No. 129 Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
  • Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Ogos 2010
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan



Ebook Panduan HANGAT!

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.