Jawatan kosong : Majlis Daerah Batu Gajah - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Wednesday, August 5, 2009

Jawatan kosong : Majlis Daerah Batu Gajah

Iklan jawatan kosong di majlis Daerah batu gajah
tarikh tutup 19 Ogos 2009

1. Pembantu Penguatkuasa
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
3. Pekerja Awam

Muat turun Iklan Jawatan Kosong untuk maklumat lanjut.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut, keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDBG1 yang boleh didapati dengan bayaran RM2.00 atau mengirim sampul surat beralamat sendiri berukuran 32cm x 22cm berserta Wang Pos RM2.00 dan bersetem 50 sen kepada alamat seperti yang tercatat dibawah atau mengambil sendiri di Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 1, Majlis Daerah Batu Gajah, Jalan Haji Abdul Wahab, Batu Gajah.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan gambar berukuran passport.

Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dengan menyertakan salinan Penyata Perkhidmatan bertaip yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahunan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

1. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan.
2. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.
3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
4. Segala perbelanjaan dan tuntutan bersabit dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah.


Alamat Permohonan:-

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BATU GAJAH,
JALAN HAJI ABDUL WAHAB,
31000 BATU GAJAH


Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.