Jawaatn Kosong : Lembaga Peperiksaan Malaysia - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Tuesday, September 1, 2009

Jawaatn Kosong : Lembaga Peperiksaan Malaysia

IKLAN TAWARAN MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41, DGA34 DAN DGA32
DI LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Syarat-Syarat Umum

1.1 PPP Siswazah dan PPP Lepasan Diploma yang sedang
berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia;

1.2 Gred jawatan pemohon adalah berdasarkan kepada gred jawatan hakiki di tempat yang dipohon seperti berikut:
i) Gred Hakiki Jawatan PPPS DG41 – Pemohon mestilah PPPS DG44(KUP)/ DG41;
ii) Gred Hakiki Jawatan PPPLD DGA34 – Pemohon mestilah PPPLD DGA34/ DGA34(KUP)/ DGA32 (Memangku) DGA34;
dan
iii) Gred Hakiki Jawatan PPPLD DGA32 – Pemohon mestilah PPPLD DGA32/ DGA32(KUP)/ DGA29 (Memangku) DGA32

1.3 Telah disahkan dalam perkhidmatan;

1.4 Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan Mahkamah; dan

1.5 Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik untuk tiga (3) tahun terakhir.

2. Syarat Khusus

2.1 Permohonan hendaklah daripada PPP yang mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;
2.2. Keutamaan akan diberi kepada PPP yang mempunyai pengalaman dalam bidang pentaksiran/ pengoperasian/ pengurusan
peperiksaan; dan
2.3 PPP yang mempunyai opsyen dalam bidang Teknikal/ Vokasional adalah digalakkan untuk memohon.

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di http://iklankerjaya.blogspot.com

3. Penempatan

3.1 Calon-calon yang dipilih akan disenarai pendek untuk urusan temu duga dan penempatan adalah di Lembaga Peperiksaan Putrajaya/ Jalan Duta (mengikut kekosongan yang ada).

4. Cara Memohon

4.1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang PPPP/LP 09 dan dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen berikut:-
i) Salinan Kad Pengenalan;
ii) Salinan Surat Tawaran Lantikan Sekarang (DG41/ DGA29);
iii) Salinan Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan Lantikan Sekarang (DG41/ DGA29);
iv) Salinan Surat Kenaikan Pangkat Sekarang (DG44/ DGA34/ DGA32);
v) Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (BRP); dan
vi) Salinan sijil-sijil yang berkaitan.

4.2 Borang Permohonan boleh didapati daripada Laman Web Lembaga Peperiksaan http://www.moe.gov.my/lpm dan dihantar
terus ke:

Lembaga Peperiksaan
Aras 12, Blok E11
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 W.P Putrajaya
( u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia )

4.3 Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat atau maklumat yang diberi tidak benar dan tidak disokong oleh Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
4.4 Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut mengenai permohonan ini bolehlah diajukan kepada pegawai seperti berikut:-

Puan Mazra Neesha binti Abdul Hussin 03-8884 3040
Cik Nor Lizawati binti Arifin 03-8884 3041
Puan Rahayuzawati binti Ab Rashid 03-8884 3081
Cik Noryasmi binti Che Hashim 03-8884 3082

5. Tarikh Tutup Permohonan

5.1 Permohonan adalah dibuka sepanjang masa

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.