• Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

    Sunday, July 25, 2010

    Jawatan Kosong : Majlis Daerah Tapah


    SYARAT DAN KELAYAKAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG

    Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :

    a. Jawatan : Penolong Pegawai Penilaian
      Gred : W27
      Kumpulan : Sokongan
      Jadual Gaji :
      P1T1 RM1209.09 - P1T26 RM3031.64
      P2T1 RM1278.67 - P2T26 RM3217.79
      P3T1 RM1351.27 - P3T26 RM3409.80


    Syarat Lantikan:

    i) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T6 RM1541.84]; dan

    ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penilaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    i)mempunyai kelayakan di atas ; atau

    ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

    iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.



    Deskripsi Tugas:

    Memungut butir-butir mengenai jual beli harta, sewaan, hak milik tanah, mengira keluasan tanah, menganalisis butir-butir jual beli, mengawas dan melaksanakan urusan latihan dan pengurusan pentadbiran yang berkaitan.


    b. Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
      Gred : N17
      Kumpulan : Sokongan
      Jadual Gaji :
      P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
      P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
      P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95


    Kelayakan

    i) Warganegara Malaysia;

    ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

    iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

    iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas)



    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    i) mempunyai kelayakan di perenggan (iii) di atas; atau

    ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

    iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

    Deskripsi Tugas:

    Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.


    c. Jawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan)
      Gred : W17
      Kumpulan : Sokongan
      Jadual Gaji :
      P1T1 RM821.89 - P1T25 RM2152.86
      P2T1 RM873.32 - P2T25 RM2274.01
      P3T1 RM926.26 - P3T25 RM2399.46


    Kelayakan

    i) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

    ii) SPM serta sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2 RM871.80]; atau

    iii) SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia di Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T5 RM1021.53]: atau

    iv) Sijil Pengurusan Perniagaan atau Sijil Penyimpanan Kira-kira daripada Politeknik di bawah Kementerian Pendidikan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9 RM1221.17]; dan

    v) Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



    Deskripsi Tugas

    Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

    (a) Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.

    (b) Mengurus dan mengawal peruntukan

    (c) Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan

    (d) Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar

    (e) Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.


    d. Jawatan : Pembantu Penilaian
      Gred : W17
      Kumpulan : Sokongan
      Jadual Gaji :
      P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
      P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
      P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46


    Syarat Lantikan:

    i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
    (Gaji Permulaan ialah pada Gred W17:P1T1); ATAU

    ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan ialah pada Gred W17:P1T9); DAN

    kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Deskripsi Tugas :

    Menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menerima arahan tugas informasi harta tanah, menerima arahan dan menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.


    e. Jawatan : Pembantu Penguat Kuasa
      Gred : N17
      Kumpulan : Sokongan
      Jadual Gaji :
      P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
      P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
      P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95


    Syarat Lantikan:

    1(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    (ii)bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;

    (b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    (ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    (iii) mempunyai ukuran dada biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
    (iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    (v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    (vi) diakui sihat sesuai oleh Pegawai perubatan kerajaan; dan

    (c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 (a) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Mealyu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau keluulsan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    Deskripsi Tugas:

    Membantu membuat operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa


    f. Jawatan : Juruteknik Landskap
      Gred : J17
      Kumpulan : Sokongan
      Jadual Gaji :
      P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
      P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
      P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95


    Syarat Lantikan:

    i)Sijil Institut Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T8 RM1203.07]; atau

    Sijil dalam bidang seni bina, perancang bandar dan wilayah atau kejuruteraan awam (seni bina) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T9 RM1254.50]; atau

    ii)lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    Perhatian:

    Melaksanakan kerja-kerja lapangan untuk pengumpulan maklumat tapak projek dan lapangan, surihan untuk penyediaan pelan landskap dan lukisan kerja pembinaan landskap, penyediaan lukisan ilustrasi projek dan cadangan pembangunan landskap, membantu pelaksanaan kerja pemantauan di lapangan bagi pembinaan landskap, membantu menjalankan kerja-kerja pengurusan projek pembangunan landskap, melaksana kerja-kerja lapangan bagi pengurusan dan penyelenggaraan landskap dan melaksanakan kerja-kerja merekod dan dokumentasi bagi pelaksanaan pembangunan landskap.

    Cara memohon:

    Semua permohonan hendaklah mengunakan borang MDT.(PKDM) – 1 yang boleh didapati Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Dearah Tapah secara percuma atau muat turun melalui laman web Majlis Daerah Tapah. atau

    Klik sini untuk muat turun borang permohonan



    Borang permohonan yang lengkap di isi hendaklah dikemukakan kepada :

    YANG DIPERTUA
    MAJLIS DAERAH TAPAH
    JALAN STESYEN
    35000 TAPAH
    PERAK DARUL RIDZUAN

    Catatan am:

    1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga

    2. Permohonan yang tidak menerima sabarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya


    Ebook Panduan HANGAT!

    Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
    Di 
    http://iklankerjaya.blogspot.com

    Jawatan Berkaitan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Disclaimer

    All job ads and career information published in the myportalkerjaya.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives myportalkerjaya .blogspot.com and no relation to any departments and companies.

    myportalkerjaya.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. myportalkerjaya.blogspot.com also not be liable for any losses when using the information in this blog.

    Beauty

    Travel