Jawatan Kosong : Majlis Perbandaran Nilai - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Tuesday, November 2, 2010

Jawatan Kosong : Majlis Perbandaran Nilai

 
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :-


BIL JAWATAN & GRED KUMPULAN PERKHIDMATAN JADUAL GAJI JUMLAH KEKOSONGAN & TARAF JAWATAN
1. Pembantu Undang -Undang L29
Sokongan
P1T1 RM1472.26 - P1T22 RM 3028.61
1 (Kontak)
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
Sokongan
P1T1 RM1160.69 - P1T27 RM3057.39
P2T1RM 1231.78 - P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 - P2T27 RM3476.28
1 (Tetap)
3. Pembantu Kesihatan Awam U17 Sokongan P1T1 RM 862.73 - P1T17 RM 1711.21
P2T1 RM 914.16 - P1T17 RM 1809.64
P3T1 RM 967.10 - P1T17 RM 1912.44
1 (Tetap)


1 SYARAT LANTIKAN, GAJI, ELAUN DAN CARA MEMOHON :-

* Sila layari laman web Majlis Perbandaran Nilai di alamat www.mpn.gov.my
* Kelayakan yang melebihi syarat lantikan adalah digalakkan memohon.

A. PEMBANTU UNDANG - UNDANG - GRED L29



(i) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29: P1T4)



DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Gaji: P1T1 RM 1472.26, PIT4 1671.91
Elaun: ITKA RM 160.00
ITP RM 180.00
BSH RM 200.00


B. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN - GRED U29



(i) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Kolej Inspektor Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6)



DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Gaji: P1T6 RM 1493.44
Elaun: ITKA RM 160.00
ITP RM 180.00
BSH RM 200.00


C. PEMBANTU KESIHATAN AWAM - GRED U17



(i) Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan



(ii) Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan



DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Gaji: P1T1 RM 862.73
Elaun: ITKA RM 115.00
ITP RM 180.00
BSH RM 200.00


 CARA - CARA MEMOHON



(i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan(MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos bernilai RM1.00.
Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSIARAN PUSAT BANDAR, PUTRA NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

(ii) Pemohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan SalinanPenyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.

(iii) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester;

(iv) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan;


2. TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 12 NOVEMBER 2010


3.. CATATAN



(i) Hanya calon yang layak selepas tapisan / senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan / atau temuduga;



(ii) Permohonan yang tidak menerima apa-apajawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.




Ebook Panduan HANGAT!

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.