• Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

    Thursday, June 30, 2011

    Info : Anda perlu lalui Peperiksaan Khas PTD

    Assalamualaikum / salam sejahtera,

    Semoga anda sihat ketika membaca e-mel ini.

    Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)
    adalah jawatan yang menjadi sasaran
    bagi ramai graduan lepasan universiti yang
    memiliki lulusan ijazah.

    Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
    telah menggariskan 3 peringkat
    pemilihan untuk jawatan PTD iaitu :

    1. Peperiksaan Khas PTD
    2. Pusat Penilaian PTD
    3. Temuduga


    Peperiksaan Khas PTD

    Peperiksaan ini mengandungi 1 bahagian yang
    terbahagi kepada 5 seksyen.


    Berikut ialah 5 seksyen tersebut :

    1. Seksyen A : Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
    2. Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
    3. Seksyen C : Pengertian dan Kefahaman Esei-esei 
    4. Seksyen D : Esei Bahasa Melayu
    5. Seksyen E : Esei Bahasa Inggeris


    1. Seksyen A : Pengetahuan Am mengenai
    Malaysia dan Alam Sekeliling

    Seksyen ini akan menguji calon dengan perkara-
    perkara yang berlaku di seluruh dunia dan fokus
    utama pada Malaysia.

    Isu-isu yang akan diuji termasuklah politik,
    ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera,
    kebudayaan, kesenian, muzik dan sukan.

    Skop ini berbentuk umum dan tidak ada
    bahan rujukan yang spesifik. Calon yang
    mempunyai sensitiviti terhadap isu semasa
    dan alam sekitar akan dapat menjawab
    soalan dalam seksyen ini dengan mudah.

    Untuk seksyen ini, anda perlu
    menjawab sebanyak 60 soalan dalam masa
    45 minit.

    Jumlah markah yang diperuntukkan
    untuk seksyen ini ialah 30 markah.


    Anda boleh dapatkan contoh
    soalan peperiksaan PTD di pautan ini :
     

    Salam kejayaan
    Admin IklanKerjaya.

    Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
    Di http://iklankerjaya.blogspot.com

    Jawatan Berkaitan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Disclaimer

    All job ads and career information published in the myportalkerjaya.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives myportalkerjaya .blogspot.com and no relation to any departments and companies.

    myportalkerjaya.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. myportalkerjaya.blogspot.com also not be liable for any losses when using the information in this blog.

    Beauty

    Travel