Jawatan Kosong : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Tuesday, June 3, 2014

Jawatan Kosong : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. PENOLONG KURATOR
Syarat Lantikan:
1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
2. Diploma dalam bidang seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, sains, permuziuman atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Muzium adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Kurator Gred S27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan di atas; dan
ii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
-Sijil Menguruskan penyediaan pameran tetap/sementara/khas/bergerak.
-Membuat kerja-kerja pengumpulan dan penyelidikan flora dan fauna negara.
-Menguruskan hal-hal berkaitan dengan projek pembangunan Jabatan Muzium Malaysia.
-Menjalankan kerja-kerja pengurusan pentadbiran, personel, dan kewangan Jabatan Muzium Malaysia.
-Menjalankan kerja-kerja penyelidikan arkeologi di lapangan.
-Menjalankan kerja-kerja konservasi artifak makmal.
-Menjalankan kerja-kerja penyelidikan sejarah dan kebudayaan negara.
-Melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran muzium kepada orang awam melalui media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak.
-Menjalankan program 'outreach' dan 'inreach' secara bersepadu di peringkat jabatan, daerah dan negeri.
Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan perlu mengisi Borang PMNK 1 (Pin. 1/2014) dengan bayaran RM2.00 yang boleh didapati di Pejabat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu Kelantan.
Permohonan yang lengkap bersama Kad Pengenalan, kelulusan akademik dan gambar berukuran passport hendaklah dihantar ke:
Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu
Kelantan


Tarikh Tutup Permohonan :- 06 Jun 2014

Ebook Panduan :
Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta