Jawatan Kosong - JPAN Sabah | Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Wednesday, July 26, 2017

Jawatan Kosong - JPAN Sabah | Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29






Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA Sabah 

JAWATAN KOSONG TERKINI 
KERAJAAN NEGERI SABAH 2017
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH


PEN.PEGAWAI TADBIR, GRED N29

Tarikh Tutup : 7 OGOS 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N29

Syarat Lantikan :

i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,493.00) ; atau 

ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,493.00) ; atau 

iii) Diploma dalam bidang pengajian berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,770.95); dan 

iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (sekurang - kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan : Sementara


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat : 
Urus Setia 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS 
Peti Surat 10998 
88811 KOTA KINABALU


Butiran LANJUT / PENUH IKLAN Kekosongan Jawatan Negeri Sabah 2017

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 

Salinan sijil - sijil Asal (sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan) dan disyaratkan dalam iklan ini perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 

Tarikh Tutup Permohonan adalah tidak lewat atau pada 07 Ogos 2017

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.