Jawatan Kosong : Pejabat Pembangunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Thursday, January 28, 2010

Jawatan Kosong : Pejabat Pembangunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM)



Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputra Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak di Pejabat Pembangunan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Februari 2010.


Antara jawatan yang ditawarkan seperti berikut:
1.Jurutera (Awam) (Gred J41))
2.Jurutera (Mekanikal) (Gred J41)
3.Juruukur Bahan (Gred J41)
4.Penolong Jurutera (Awam) (Gred J29)
5.Pegawai Kerja Akaun (Gred W27)
6.Pembantu Tadbir (Kewangan) (Gred W17)

Sila klik di bawah untuk keterangan lanjut. 


SYARAT PERLANTIKAN
(i)Warganegara Malaysia;
(ii)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(iii)Sijil Pelajaran Malaysia kepujian dalam matapelajaran matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer)
(Gaji permulaan pada Gred W17 – P1T1) Dan
(iv)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(a)Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan Rekod Perkhidmatanyang dikemaskinikan.
(b)Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.
(c)Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
(b)Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web Pejabat Pembangunan di http://www.pembangunan.uitm.edu.my atau boleh didapati sendiri di kaunter Pejabat Pembangunan, UiTM Shah Alam. Sila kemukakan permohonan kepada:
PENGARAH
PEJABAT PEMBANGUNAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
(U.P.: PENOLONG PENDAFTAR KANAN
Tel:03-5544 2241, 5544 2248, 5544 3333



Ebook Panduan :

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.