Jawatan Kosong : Majlis Agama Islam Negeri Sembilan - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Thursday, April 15, 2010

Jawatan Kosong : Majlis Agama Islam Negeri Sembilan


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah menetap di Negeri Sembilan melebihi 10 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan di Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S27

SYARAT LANTIKAN:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
- a) Sijil Tinggi Persekolahan Malasysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat Prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau
b) Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S27:P1T5);atau
c) Diploma dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred S27:P1T5);dan
d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON:
- sila gunakan borang (S.P.A 1-Pin.7/91) yang boleh didapati di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jalan Dato' Hamzah, Seremban pada waktu pejabat dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang secara percuma.
- Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan sijil-sijil akademik, sijil beranak, kad pengenalan dan dokumen-dokumen lain berkaitan SERTA sekeping gambar pemohonyang terbaru berukuran passport.
- Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah berumur kurang daripada 50 tahun dan permohonan daripda kategori ini hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasiyang terkini.
- Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat apabila mengemukakan permohonan.
- Permohonan yang tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan, tidak lengkap, tidak terang, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan, tidak ditulis no kad pengenalan, tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawaiyang sedang berkhidmat dan tidak ditandatangani dianggap tidak lengkap dan akan ditolak.
- Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar terus atau diposkan kepada:-

SETIAUSAHA
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
KARUNG BERKUNCI NO.22
POS MALAYSIA
70990 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN

- Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi 06-7620645

Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2010




Ebook Panduan HANGAT!

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.