• Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

    Wednesday, June 2, 2010

    Jawatan kosong : Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu


    1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J29

    SYARAT LANTIKAN :
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    (a)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    (b)diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
    (c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
    (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3 (b) di atas; atau
    (ii)lulus Peperiksaan Khas; dan
    (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


    2. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17

    SYARAT LANTIKAN :
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    (a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    (b) sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : PiT9); DAN
    (c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


    3. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27

    SYARAT LANTIKAN :
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    (a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    (b) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau
    (ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    (iii) Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1T5); atau
    (iv) diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1T5); DAN
    (c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN :
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
    (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3 (b) di atas; atau
    (ii) lulus Peperiksaan Khas; DAN
    (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


    4. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17

    SYARAT LANTIKAN :
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    (a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    (b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. DAN
    (c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer).

    CARA MEMOHON:
    1.Pemohonan mestilah dibuat secara dalam talian sahaja (online). Sebarang permohonan manual tidak akan dilayan.


    2.Pemohon yang mengisi borang SPNTRe hendaklah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu sahaja. Pemohon atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu atau pemohon memiliki Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu.
    3.Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe ini hendaklah hanya dari mereka yang benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan di Perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu.
    4.Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi di dalam permohonan ini.
    5.Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe hendaklah melayari laman web di alamat http://spn.terengganu.gov.my

    Keterangan Am
    1.Pemohon boleh memohon sehingga lima (5) jawatan sahaja.
    2.Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan Badan Berkanun, dan Perkhidmatan polis/ tentera samada secara tetap, kontrak atau sementara hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan alamat (surat-menyurat) dan juga mengembalikan borang pengesahan ketua jabatan pada atau sebelum tarikh tutup iklan jawatan.

    MAKLUMAN :-
    1.Kegagalan memenuhi segala maklumat yang diperlukan akan menyebabkan permohonan anda gagal melepasi syarat lantikan jawatan berkenaan.
    2.Hanya calon yang tersenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
    3.Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

    Tarikh Tutup Permohonan: 8 Jun 2010



    Ebook Panduan HANGAT!

    Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
    Di 
    http://iklankerjaya.blogspot.com

    Jawatan Berkaitan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Disclaimer

    All job ads and career information published in the myportalkerjaya.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives myportalkerjaya .blogspot.com and no relation to any departments and companies.

    myportalkerjaya.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. myportalkerjaya.blogspot.com also not be liable for any losses when using the information in this blog.

    Beauty

    Travel