• Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

    Thursday, March 11, 2010

    Jawatan kosong : Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia


    Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:-

    1.PEGAWAI EHWAL EKONOMI (7 KEKOSONGAN)

    Syarat Kelayakan :
    Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 yang sedang berkhidmat di mana-mana jabatan/agensi kerajaan adalah layak memohon untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E44 apabila beliau telah:-
    i) disahkan dalam perkhidmatan;
    ii) mencapai tahap prestasi yang cemerlang;
    iii) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan, dan;
    iv) diperaku oleh ketua perkhidmatan/jabatan.

    [Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang Ekonomi Pertanian atau Sains Pertanian atau Keusahawanan atau Pasaran & Promosi atau Pengurusan Sumber Manusia atau Pentadbiran Awam dan sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun]

    Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan mengurus, merancang, mengawal dan penyeliaan anggaran bajet dalam sektor-sektor yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia atau promosi perdagangan atau keusahawanan atau pertanian atau perhubungan awam serta menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan khidmat sokongan yang ditetapkan oleh LPNM.


    2.PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI (15 KEKOSONGAN)

    Syarat-Syarat Lantikan :

    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T5); atau
    iii) Diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E27 : P1T6); DAN

    2. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

    Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
    a)i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
    b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

    Deskripsi Tugas :
    Membantu dalam merancang, mengurus, mentadbir dan mengengalikan hal ehwal tanaman nanas diperingkat kawasan yang meliputi tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan projek, pemasaran hasil pertanian, pembangunan usahawanan tani dan lain-lain aktiviti khidmat sokongan yang telah ditetapkan oleh LPNM.


    3.PENOLONG AKUANTAN (1 KEKOSONGAN)

    Syarat-Syarat Lantikan :

    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    i) Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5]; atau
    ii) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T8]; DAN
    2. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila disahkan dalam perkhidmatan dan;-
    a)i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
    b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

    Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia system dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.


    4.PEMBANTU EHWAL EKONOMI (10 KEKOSONGAN)

    Syarat-Syarat Lantikan :

    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
    ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred E17:P1T8); DAN
    2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Deskripsi Tugas :
    Membantu pihak pengurusan/penyeliaan dalam urusan merancang, mengesan dan menyelia projek-projek pembangunan yang berkaitan serta aktiviti khidmat pengembangan.


    5.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (1 KEKOSONGAN)

    Syarat-Syarat Lantikan :
    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
    ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W17;P1T2)]; atau
    iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W17;P1T5)]; atau
    iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W17;P1T9)]; DAN
    2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyeliaan dalam urusan-urusan seperti penyediaan belanjawaan tahunan, pengawalan peruntukan, penyelenggaraan rekod-rekod kewangan dan kutipan hasil.


    6.PEMBANTU MAKMAL (1 KEKOSONGAN)

    Syarat-Syarat Lantikan :
    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; DAN
    2. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab dalam menjalankan ujikaji di makmal, penyelenggaraan bahan-bahan dan peralatan makmal, penyediaan bahan-bahan kimia, merekod data dan menyelenggara dan merekod data QA.


    SYARAT-SYARAT LAIN
    Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mahir dalam penggunaan bahasa Malaysia dan / atau Bahasa Inggeris serta mempunyai kemahiran di dalam penggunaan komputer.

    Calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi;
    i) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam dalam satu peperiksaan; atau
    ii) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
    iii) Memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran tertentu sepertimana disyarat dalam skim perkhidmatan.


    Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    KELAYAKAN
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    a) Warganegara Malaysia;
    b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
    c) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

    TARAF JAWATAN
    Taraf Jawatan yang ditawarkan adalah TETAP.

    TEMPOH PERCUBAAN
    Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.

    CARA MEMOHON
    Permohonan hendaklah menggunakan 'Borang Permohonan' yang boleh dimuat turun melalui laman web LPNM: http://www.mpib.gov.my dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport yang terkini dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat.



    Permohonan dihantar terus kepada:

    KETUA PENGARAH
    LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
    NO. 5, WISMA NANAS,
    JALAN PADI MAHSURI,
    81200 JOHOR BAHRU,
    JOHOR DARUL TAKZIM
    (u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

    Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan jabatan dan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan peruntukan perkara peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penempatan Perkhidmatan) 2005.

    TARIKH TUTUP
    Tarikh tutup permohonan jawatan adalah 22 Mac 2010.

    CATATAN AM

    1. Sijil-sijil penyertaan (Mengikut tahun terkini)
    2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan / senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
    3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak LPNM.
    4. Permohonan yang mempunyai kelayakan Ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan surat pengiktirafan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    5. Permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah disusun mengikut turutan seperti berikut;
    i) Salinan Sijil Kelahiran
    ii) Salinan Kad Pengenalan
    iii) Salinan Lesen Memandu
    iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
    v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
    vi) Surat sokongan/kebenaran
    vii) Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
    viii) Sijil-sijil penyertaan (Mengikut tahun terkini)



    Ebook Panduan HANGAT!

    Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
    Di 
    http://iklankerjaya.blogspot.com

    Jawatan Berkaitan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Disclaimer

    All job ads and career information published in the myportalkerjaya.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives myportalkerjaya .blogspot.com and no relation to any departments and companies.

    myportalkerjaya.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. myportalkerjaya.blogspot.com also not be liable for any losses when using the information in this blog.

    Beauty

    Travel