Jawatan kosong : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Wednesday, March 17, 2010

Jawatan kosong : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)



Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa para pemohon yang berkelayakan untuk mengisikekosongan jawatan di UPSI bagi tahun 2010. Kami mahu anda yang berkelayakan, komited dan pro-aktif bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan membawa anak watan ke puncak kegemilangan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Klik SINI untuk Iklan Di Laman Web Rasmi UPSI



SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN AKADEMIK



Bil Jawatan Syarat Lantikan
1 PENSYARAH UNIVERSITI* GRED VK7/VK6/DS53/DS51/DS45
2 GURU BAHASA GRED DG41
3 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
4 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
5 SKIM FELLOWSHIP (TUTOR) GRED DA41

FAKULTI/ BIDANG

Fakulti Bidang

>
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
> Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi
>
Fakulti Bahasa
>
Fakulti Perniagaan dan Ekonomi
>
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
>
Fakulti Seni dan Muzik
>
Fakulti Sains Sukan
>
Fakulti Sains dan Teknologi
>
Pusat Bahsa Moden

KEMUDAHAN/ ELAUN


Gred Jawatan Imbuhan Tetap Perumahan Imbuhan Tetap Keraian Imbuhan Tetap Khidmat Awam Catatan
Profesor - VK7/VK6/VK5 RM1300.00 RM2150.00 - *Imbuhan Tetap Keraian sebanyak RM500.00 sebulan diberi kepada anggota pada tahun ke-10 dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Tempoh perkhidmatan yang diambilkira tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji. Sebelum itu anggota dibayar ITKA.
Profesor Madya - DS53/54 RM900.00 RM800.00 -
Pensyarah Kanan - DS51/52 RM700.00 RM600.00 -
Pensyarah - DS45 RM700.00 RM500.00* RM300.00
48 RM700.00 RM550.00
43 - 44 RM400.00 RM400.00
41 - 42 RM250.00 - RM300.00
27 - 34 RM180.00 - RM160.00
17 - 24 RM180.00 - RM115.00
1 - 16 RM180.00 - RM95.00





SYARAT - SYARAT MEMOHON



KELULUSAN BAHASA MELAYU

Pemohon hendaklah mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau peperiksaan yang setaraf dengannya.

PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN


Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut Sistem Terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :-

a) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; ATAU

b) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; DAN

c) Memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (Termasuk Ujian Lisan) dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

TARAF JAWATAN

TETAP

WARGANEGARA DAN HAD UMUR

Calon-calon pelantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

TEMPOH PERCUBAAN

Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

PEPERIKSAAN/KURSUS INDUKSI

Peperiksaan/Kursus Induksi adalah mengikut skim perkhidmatan.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


CARA MEMOHON



Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online. Klik disini untuk maklumat lanjut.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan adalah terbuka Sepanjang tahun



Ebook Panduan HANGAT!

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.