• Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

    Wednesday, March 17, 2010

    Jawatan Kosong : Universiti Teknologi MARA Melaka



    Universiti Teknologi MARA Melaka dengan ini mempelawa calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Teknologi MARA, Melaka bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara

    1.PENSYARAH UiTM (GRED DM45)


    Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45
    (a)(i)Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (ii)Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: P1T4)dan
    (b)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


    2.PENSYARAH KANAN (GRED DM51)


    Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM51
    (c)(i)memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;
    (ii)membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
    (iii)mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.


    3.PROFESOR MADYA (GRED DM53)


    Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)
    (d)(i)memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;
    (ii)membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
    (iii)mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

    KLIK SINI UNTUK SENARAI FAKULTI - http://melaka.uitm.edu.my/images/stories/news/iklanpensyarah2010.pdf

    PERHATIAN KEPADA PEMOHON
    1.Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
    Calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
    2.Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.
    3.Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut
    yang telah DISAHKAN:
    •Kad Pengenalan
    •Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
    •Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan TrankskripAkademik Terperinci)
    •Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji
    •Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
    4.Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
    5.Keutamaan diberi kepada calon-calon yang memiliki CGPA 3.00 ke atas untuk Gugusan Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Gugusan Pengurusan dan Perniagaan dan CGPA 2.75 dan ke atas bagi Gugusan Sains dan Teknologi di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
    6.Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
    7.Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
    8Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

    PERMOHONAN
    Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, UiTM Kampus Alor Gajah Melaka dan Kampus Bandaraya Melaka. Borang permohonan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://www.melaka.uitm.edu.my

    Klik Sini Untuk Muat turun Borang Permohonan




    Tarikh tutup permohonan ialah pada hari SELASA, 23 MAC 2010

    Sila cetak dan hantar permohonan kepada:

    TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
    MELAKA 78000
    ALOR GAJAH MELAKA

    NO TEL : 06-5582000/06-5582014/06-5582015/06-5582016


    Ebook Panduan HANGAT!

    Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
    Di 
    http://iklankerjaya.blogspot.com

    Jawatan Berkaitan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Disclaimer

    All job ads and career information published in the myportalkerjaya.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives myportalkerjaya .blogspot.com and no relation to any departments and companies.

    myportalkerjaya.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. myportalkerjaya.blogspot.com also not be liable for any losses when using the information in this blog.

    Beauty

    Travel