Jawatan Kosong : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).

1.1  (a)  Jawatan  : Pembantu Juruteknik (Radio IKIM.fm) Gred 17

  (b)  Skim Perkhidmatan  :  Pembantu Tadbir (Perkeranian)

(c)
Kumpulan
:
Sokongan

(d)
Taraf Jawatan
:
Tetap

(e)
Tempoh Percubaan
:
2 Tahun
1.2
Jadual Gaji (Gred Gaji 13)
:
RM941.38 x 60.50 – RM2,514.38
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)
1.3
(a)
Elaun




(i)   Khas
:
RM115.00


(ii)  Imbuhan Tetap Perumahan
:
RM180.00


(iii) Bantuan Sara Hidup
:
RM300.00


  (iv) Elaun Kritikal  : 10% daripada gaji pokok
1.4
Syarat Lantikan
:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:



(a)
(b)
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;



(c)
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;



(d)
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Malaysia dan



 (e)  Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berkemahiran menggunakan komputer.



  (f)
Pengalaman bekerja di bidang penyiaran dan produksi rancangan radio merupakan suatu kelebihan.
1.5
Bidang Tugas
:
Membantu Pembantu Teknik Produksi Radio IKIM.fm dalam kerja-kerja produksi rancangan.

Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189
sebelum atau selewat-lewatnya pada 31/05/2010 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.
Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.


Catatan Am

Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



Ebook Panduan HANGAT!

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

Comments

Jawatan Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

All job ads and career information published in the myportalkerjaya.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives myportalkerjaya .blogspot.com and no relation to any departments and companies.

myportalkerjaya.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. myportalkerjaya.blogspot.com also not be liable for any losses when using the information in this blog.