• Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

    Tuesday, May 25, 2010

    Jawatan kosong : Majlis Daerah Gua Musang


    Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

    1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

    (b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
    (c) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan
    (d) Taraf Jawatan : Tetap
    (e) Gred Gaji : U29
    (f) Jadual Gaji :
    P1 T1 1,160.69 - P1 T27 3,057.39
    P2 T1 1,231.78 - P2 T27 3,279.74
    P3 T1 1,305.89 - P3 T27 3,476.28

    SYARAT LANTIKAN
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
    (a) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1 T6) dan
    (b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
    (a) (i) mempunyai kelayakan diperenggan 2 (a) di atas; dan
    (ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


    2. PEMBANTU UNDANG-UNDANG

    (b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
    (c) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Perundangan Dan Kehakiman
    (d) Taraf Jawatan : Tetap
    (e) Gred Gaji : L29
    (f) Jadual Gaji :
    P1T1 RM 1472.26 - P1T22 RM 3028.61
    P2T1 RM 1543.35 – P1T22 RM 3226.80
    P3T1 RM 1617.46 – P3T22 RM 3406.73

    SYARAT LANTIKAN
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
    (a) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (b) Diploma dalam bidang Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
    ( Gaji permulaan ialah Gred L29 : P1T4 RM1671.91) ; dan
    (b) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) dan Jurubahasa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Undang-undang Gred L29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
    (a) (i) mempunyai kelayakan di atas; atau
    (ii) lulus Peperiksaan Khas ; dan
    (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


    3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

    (b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
    (c) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
    (d) Taraf Jawatan : Tetap
    (e) Gred Gaji : N17
    (f) Jadual Gaji Gred N17 :
    P1T1 RM 820.38 - P1T24RM 2151.35
    P2T1 RM 871.81 - P1T24 RM 2272.50
    P3T1 RM 924.75 - P3T24 RM 2397.95

    SYARAT LANTIKAN
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
    (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan
    (b) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/ atau mengambil trengkas).

    SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17,
    tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
    a. (i) mempunyai kelayakan di perenggan 2(a) di atas; atau
    (ii) Lulus Peperiksaan Khas dan
    b. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


    CARA MEMOHON
    1. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan MDGM yang boleh didapati di Majlis Daerah Gua Musang dengan harga RM 3.00.
    2. Setiap permohonan hendaklah dituliskan Nama Jawatan dibahagian atas sampul surat sebelah kiri.
    3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

    Yang DiPertua,
    Majlis Daerah Gua Musang,
    18300 Gua Musang,
    Kelantan.

    4. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa
    Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Penilaian
    Prestasi Terkini.
    5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperikasaan semua semester yang telah disahkan.
    6. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.
    7. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
    8. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup Iklan adalah dianggap tidak berjaya.

    Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mei 2010



    Ebook Panduan HANGAT!

    Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
    Di 
    http://iklankerjaya.blogspot.com

    Jawatan Berkaitan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Disclaimer

    All job ads and career information published in the myportalkerjaya.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives myportalkerjaya .blogspot.com and no relation to any departments and companies.

    myportalkerjaya.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. myportalkerjaya.blogspot.com also not be liable for any losses when using the information in this blog.

    Beauty

    Travel