• Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

    Wednesday, December 30, 2009

    Jawatan Kosong : Majlis Daerah Pengkalan Hulu



    Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti di dalam iklan.

    1. NAMA JAWATAN : PEMBANTU UNDANG-UNDANG GRED L29 (KONTRAK)
    1. SYARAT LANTIKAN
    (a) (i) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
    pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (ii) Diploma dalam bidang undang-undang yang diktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
    tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred L29:P1T4);
    dan (d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
    atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    2. CARA MEMOHON
    (a) Permohonan hendaklah menggunakan 'Borang MDPH (PKDM) 1/09' yang boleh dimuat turun (download) dari laman web Majlis dengan melayari www.mdph.gov.my. atau KLIK SINI
    (b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran,
    Transkrip Akademik, Diploma dan Sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan serta sekeping gambar terbaru
    berukuran pasport.
    (c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23sm x 11sm. Disudut
    atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
    (d) Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya :
    i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
    ii) tidak lengkap atau tidak terang;
    iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
    iv) tidak ditulis Nombor Kad Pengenalan;
    v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
    vi) tidak ditandatangani;
    (e) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan, Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah menghantar
    permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi tahun 2008
    dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini mengikut Perintah Am Bab 'A' Perenggan 17.
    3. HAD UMUR
    Calon-calon bagi lantikan hendaklah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
    4. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
    Permohonan hendaklah sampai kepada:-
    YANG DIPERTUA
    MAJLIS DAERAH PENGKALAN HULU
    33100 PENGKALAN HULU
    PERAK DARUL RIDZUAN.
    Sebelum atau pada: 15 JANUARI 2010
    5. CATATAN AM
    (a) Calon-calon yang memohon lebih daripada satu jawatan hendaklah menggunakan borang berasingan.
    (b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
    (c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah
    menganggap permohonan mereka tidak berjaya.














    Jawatan Berkaitan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Disclaimer

    All job ads and career information published in the myportalkerjaya.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives myportalkerjaya .blogspot.com and no relation to any departments and companies.

    myportalkerjaya.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. myportalkerjaya.blogspot.com also not be liable for any losses when using the information in this blog.

    Beauty

    Travel