Jawatan Kosong : Maktab Kerjasama Malaysia - My Portal Kerjaya

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

Wednesday, December 30, 2009

Jawatan Kosong : Maktab Kerjasama Malaysia



MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Jawatan
Gred
Kumpulan Perkhidmatan
Klasifikasi Perkhidmatan
Taraf Jawatan
Gaji (HARIAN)
Kekosongan / Penempatan
1) Pegawai Latihan


E41
Pengurusan & Profesional
Ekonomi
Sambilan
GAJI : RM 73.61
ELAUN:
ITKA : RM 13.04
COLA : RM 13.04
1 Kekosongan di MKM Wilayah Selatan (Johor Bahru, Johor)

2) Pembantu Tadbir (P/O)
N17
Sokongan
Pentadbiran & Sokongan
Sambilan
 GAJI : RM 35.66
ELAUN :
ITKA : RM 5.00
COLA : RM 8.70
1 Kekosongan di MKM Wilayah Timur (Bera, Pahang)


SYARAT-SYARAT LANTIKAN:

Jawatan 1 : Pegawai Latihan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
     (ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau
     Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan seperti berikut:-
     (iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
DAN lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu(termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 2: Pembantu Tadbir (P/O)
 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
DAN Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
 MUAT TURUN:

CARA MEMOHON:
  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan melayari Laman Web MKM di http://www.mkm.edu.my. Di penjuru sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
  2. Tarikh tutup permohonan ialah pada 07 Januari 2010 .
  3. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran pasport yang terbaru dan dialamatkan kepada: 

PENGARAH
MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
PETI SURAT 60, 103 JALAN TEMPLER
46700 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

PERHATIAN
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.













No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.