• Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

    Monday, December 21, 2009

    Jawatan Kosong : Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sarawak (SPNS)

    1.PEKERJA AWAM (Gred R1)

    Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

    Syarat Lantikan:
    (a)(i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
    (a)(ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
    (b) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

    2.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (Gred W17)

    Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    (a)
    (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat tersebut; atau
    (ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
    (iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
    (iv) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-Kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik- politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.dan

    (b) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    3.PEMBANTU PENGUATKUASA (Gred N22)

    Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    LANTIKAN TERUS:
    (a)
    (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
    (ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Pegawai Waran II dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;

    (b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
    (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki;
    (ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki;
    (iii)mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84 sm (lelaki sahaja);
    (iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    (v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    (vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.dan

    (c) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    4.PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (Gred F41)

    Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    (a)
    i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Analisa Sistem (INTAN) atau Diploma Sains Maklumat daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakanyang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    iii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T3); atau
    iv) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T6); atau
    v) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T9);dan

    (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    Cara Memohon:
    Semua permohonan boleh dikemukakan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui laman web http://www.e-recruitment.gov.my

    Tarikh Tutup Permohonan: 29 Disember 2009


    Ebook Panduan :

    Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
    Di 
    http://iklankerjaya.blogspot.com

    Jawatan Berkaitan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Disclaimer

    All job ads and career information published in the myportalkerjaya.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives myportalkerjaya .blogspot.com and no relation to any departments and companies.

    myportalkerjaya.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. myportalkerjaya.blogspot.com also not be liable for any losses when using the information in this blog.

    Beauty

    Travel