• Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

    Thursday, December 10, 2009

    Jawatan Kosong : Majlis Perbandaran Pasir Gudang

    Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan - jawatan berikut di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)

    1. Akauntan W41
    2. Juruukur Bahan J41
    3. Penolong Pegawai Penilaian W32
    4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32
    5. Penolong Arkitek Landskap J29
    6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
    7. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27
    8. Penolong Pegawai Penilaian W27
    9. Pembantu Undang-Undang L29
    10. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa J29
    11. Pembantu Akauntan W17
    12. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
    13. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
    14. Pembantu Penilaian W17
    15. Pembantu Juruaudit W17
    16. Pembantu Kesihatan Awam U17
    17. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa J17
    18. Juruteknik Komputer FT17
    19. Juruteknik Landskap J17
    20. Juruteknik (Ukur Bahan) J17
    21. Juruteknik (Awam) J17
    22. Pelukis Pelan J17




    B. SYARAT LANTIKAN

    a. Warganegara Malaysia
    b. Berumur

    i. Tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan jawatan DAN
    ii. Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
    c. Sila layari laman web MPPG di alamat www.mppg.gov.my untuk syarat – syarat lantikan bagi setiap jawatan.

    D. CARA MEMOHON

    a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Kaunter MPPG, Aras 1 Menara Aqabah, dengan bayaran RM1.00 bagi setiap borang permohonan. Pemohon juga boleh muat turun borang permohonan daripada laman web MPPG di alamat www.mppg.gov.my .
    b. Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab A Bil. 21 dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
    c. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, salinan sah Kad pengenalan, salinan sah Sijil Kelahiran, salinan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport dan lain-lain dokumen sokongan yang diakui sah dan di alamatkan kepada :

    YANG DIPERTUA,
    MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
    ARAS 19, MENARA AQABAH JALAN BANDAR,
    81700 PASIR GUDANG JOHOR

    d. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Disember 2009
    e Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat
    f. Pemohon yang tidak mempunyai syarat - syarat diatas, tidak menggunakan borang permohonan jawatan dari Majlis ini, tidak disertakan dokumen yang lengkap, tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan jika kakitangan kerajaan, tidak ditandatangani salinan dokumen yang disahkan, diterima selepas tarikh tutup iklan dan tidak disertakan gambar warna, adalah tidak memenuhi / tidak menepati syarat-syarat kelayakan pada setiap jawatan yang diiklankan yang akan menyebabkan permohonan terbatal. Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.



    MUAT TURUN IKLAN JAWATAN KOSONG MPPG









    MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN BARU 4 DISEMBER 2009









    MUAT BORANG JAWATAN KOSONG PDF




    PANDUAN LULUS TEMUDUGA KERAJAAN


    Ebook Panduan Percuma:


    Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
    Di 
    http://iklankerjaya.blogspot.com

    Jawatan Berkaitan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Disclaimer

    All job ads and career information published in the myportalkerjaya.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives myportalkerjaya .blogspot.com and no relation to any departments and companies.

    myportalkerjaya.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. myportalkerjaya.blogspot.com also not be liable for any losses when using the information in this blog.

    Beauty

    Travel