• Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta, Malaysia.

    Sunday, November 22, 2009

    Jawatan kosong : MAJLIS PERBANDARAN KLUANG

    Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kluang.


    A. SKIM PERKHIDMATAN

    BIL JAWATAN JADUAL GAJI TARAF
    1 Penolong Akauntan Gred W27 P1T1 RM1209.09 – P1T26 RM3031.64
    P2T1 RM1278.67 – P2T26 RM3217.79
    P3T1 RM1351.27 – P3T26 RM3409.80
    Tetap
    2 Penolong Pegawai Penilaian Gred W27 P1T1 RM1209.09 – P1T26 RM3031.64
    P2T1 RM1278.67 – P2T26 RM3217.79
    P3T1 RM1351.27 – P3T26 RM3409.80
    Tetap
    3 Juruteknik Gred J17 P1T1 RM843.06 – P1T26 RM2325.47
    P2T1 RM896.00 – P2T26 RM2452.46
    P3T1 RM950.45– P3T26 RM2583.95
    Kontrak

    B. SYARAT-SYARAT LANTIKAN DAN KELULUSAN


    JAWATAN 1 - PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
    (a) warganegara Malaysia;
    (b) berumur tidak kurang dari tahun 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
    (c) (i) Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan, Perbankan atau Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T5);atau
    (ii) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;dan
    (iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

    2. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; atau
    (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
    (b) berumur kurang dari 54 tahun dari tarikh lantikan

    JAWATAN 2 - PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W27


    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
    (a) warganegara Malaysia;
    (b) berumur tidak kurang dari tahun 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
    (c) (i) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Tanah atau Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T6);dan
    (ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

    2. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penilaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; atau
    (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
    (b) berumur kurang dari 54 tahun dari tarikh lantikan

    JAWATAN 3 - JURUTEKNIK GRED J17 (KEJURUTERAAN AWAM)


    1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
    (a) warganegara Malaysia;
    (b) berumur tidak kurang dari tahun 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
    (c) (i) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-Politeknik Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T9);dan
    (ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

    C. KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN

    D. KLASIFIKASI : Jawatan 1 – Perkhidmatan Kewangan
    Jawatan 2 – Perkhidmatan Kewangan
    Jawatan 3 – Perkhidmatan Kejuruteraan

    E. PERMOHONAN

    (a) Semua permohonan dan Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2005
    (b) Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Majlis Perbandaran Kluang dengan harga RM 1.00 bagi setiap jawatan (mengikut jawatan yang dipohon) atau dengan menghantar sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen berserta Wang Pos bernilai RM 1.00 atau boleh dimuat turun melalui laman web http://mpkluang.gov.my.
    (c) Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru berukuran pasport dan salinan Sijil/Diploma/Ijazah dan transkrip penuh yang telah disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B /Penghulu Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
    (d) Semua permohonan hendaklah sampai di Pejabat

    YANG DIPERTUA
    MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
    JALAN PEJABAT KERAJAAN,
    86000 KLUANG


    TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 NOVEMBER 2009


    (e) Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.


    YANG DIPERTUA
    MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
    KLUANG

    >>>MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN (PDF)<<<
    >>>MUAT TURUN IKLAN JAWATAN KOSONG (PDF)<<<


    Ebook Panduan Percuma:


    Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
    Di 
    http://iklankerjaya.blogspot.com


    Jawatan Berkaitan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Disclaimer

    All job ads and career information published in the myportalkerjaya.blogspot.com is intended to assist you in finding job vacancies in the government sector and private sector, this blog is above initiatives myportalkerjaya .blogspot.com and no relation to any departments and companies.

    myportalkerjaya.blogspot.com not guarantee the accuracy, errors and changes the information published. myportalkerjaya.blogspot.com also not be liable for any losses when using the information in this blog.

    Beauty

    Travel